Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta Besar Palestin ke Perancis, Salman Harfi berkata bahawa pihaknya akan membuat rayuan ke Majlis Keselamatan PBB jikalau rejim haram Israel gagal untuk mematuhi resolusi badan tersebut yang mengarahkan Tel Aviv untuk menghentikan polisi pembinaan penempatan haram di Tebing Barat.
Pada hari Jumaat lepas, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah meluluskan sebuah resolusi yang diusulkan oleh New Zealand, Malaysia, Venezuela dan Senegal. Resolusi tersebut mengarahkan Israel untuk menghentikan serta-merta sebarang aktiviti pembinaan penempatan di kawasan Palestin yang didudukinya.
Pihak berkuasa rejim sebelum ini berkata bahawa mereka tidak akan mematuhi resolusi tersebut.
26 Disember 2016 - 19:02
News ID: 800964
Duta Besar Palestin ke Perancis, Salman Harfi berkata bahawa pihaknya akan membuat rayuan ke Majlis Keselamatan PBB jikalau rejim haram Israel gagal untuk mematuhi resolusi badan tersebut yang mengarahkan Tel Aviv untuk menghentikan polisi pembinaan penempatan haram di Tebing Barat.